DATE

Sunday 25 January 2015

DIP n DIP IOI CITY MALL

GE-13,IOI City Mall Putrajaya.

Sabtu 17hb January 2015 yang lepas kami singgah untuk merasai manisan yang terdapat di Cafe Dip n Dip terletak di IOI City Mall Putrajaya.  Sharie dah lama mengidam sebenarnya nak makan kat DnD tapi disebabkan sebelum ni tiada cawangan terdekat maka Sharie memendam hasrat saja. Bila dapat tahu DnD dah buka kat IOI Sharie buat rancangan spontan untuk makan bersama adik-adik. Kebetulan adik perempuan Sharie seorang ni akan pulang semula ke Makkah untuk bekerja ,jadi Sabtu lepas ialah hari yang sesuai untuk meluangkan masa bersama dia.

MENU
Melihat pada menu DnD ni Sharie rasa peminat-peminat coklat mesti teruja nak order macam-macam .Maklumlah nafsu membuak-buak bila lihat gambar yang dihidangkan. Tapi bila Sharie tengok harga ,buakkan nafsu tu dah boleh kawal sikit hihi...Mahal la sikit sebab cafe ni guna Belgian Chocolate wei tak ke semangat nak makan! 

HOW TO ORDER
Ini cara-cara nak order menu kat DnD ;
1.Tutup mata anda.
2.Gerakkan jari telunjuk anda dimana-mana  dalam ruangan menu ini.
3.Berhentikan jari anda.
4. Buka mata dan baca item berada dibawah jari anda.
5. Dah boleh order tapi....
Sharie tak follow la cara ni sebab ikut budget RM kan hehe...

MOLTEN CAKE
Selepas 20 minit ,manisan yang ditunggu akhirnya sampai .Molten Cake ini sah delicious .Harga? tak ingat...kuang kuang kuang...
CARAMEL FRAPPE & CHOCOLATE FRIZZY(Name maybe Half Right)
Sharie perasan ramai yang minum caramel frappe dengan chocholate frizzy izzy ni. Maybe sebab gambarnya seperti memanggil-manggil untuk diorder dan sebenarnya sebab air ni memang sedap.
WAFFLE STICK
Waffle stick ni memang dicadangkan untuk order. Murah je RM10.00 boleh makan 2 orang tapi kepada coklat lover 1 stick tak cukup kot .Ada 3 pilihan coklat iaitu white chocolate, milk chocolate and dark chocolate. Sharie suka milk chocolate dan Alhamdulillah memang sesuai tahap menjilat jari. Sedap tau!
BROWNIES CREPE
Ini pula crepe bersama brownies. Crepe ini ditengah lapisannya ada brownies (kek coklat) hancur. Lepas tu dihias dengan sos coklat yang dicorakkan dengan awesome. Tapi Sharie lebih suka stick tadi. Ini harganya RM28.50.
CHOCOLATE WAFFLE & TRIPLE CHOCOLATE CREPE
Dan gambar ni ditangkap semasa tengah kami sibuk berborak. Terlupa nak snap sebelum makan jadi nampak lah tangan Wardina tengah swirling around the plate nak jilat coklat tu. Waffle dan crepe ni harganya RM17.00 .
PELANGGAN MENUNGGU TEMPAT DUDUK
Sharie ambil gambar ni bukan nak masukkan gambar suami dan adik pun tapi nak tunjuk pelanggan yang tengah tunggu sit . Kami lepak kat luar sebab luas tapi panas sikit. Sharie tak kisah asalkan dapat makan bersama adik-adik.Semua berebut nak makan dalam sebab ada air-cond .Haa satu lagi dicadangkan juga bawa air mineral sebab nanti muak pulak makan coklat banyak.

Jadi itu saja perkongsian Sharie pada kali ini. Shari akan cerita lagi kalau pergi makan-makan tempat yang best kat IOI City Mall Putrajaya ni. 
Wasalam semua.


Saturday 24 January 2015

SUPPLEMENT HARI-HARI SHARIE


Inilah barisan supplement yang Sharie ambil. Start mengambil secara konsisten bulan April 2014 .Kesan sepanjang pengambilan?Hmm...at first memang tak nampak apa-apa tapi bila dah ambil selama 6 bulan Sharie dah perasan beberapa perkara seperti parut ceaser dah semakin nipis dan kulit muka semakin cerah.Im not faking it ,just really consume it.Pengambilan konsisten means konsisten results.They're all marvellous! .


Monday 19 January 2015

GAMBAR SEKITAR MANEK URAI KUALA KRAI


Kain Berjemuran Diluar Rumah.
Salam semua, Sharie nak berkongsi sedikit gambar yang diambil ketika melalui Manek Urai di Kelantan baru-baru ni. Pada 12hb January 2015 lepas Sharie mengikuti suami pergi ke Kelantan kerana urusan kerjanya. Kami melalui Karak, merentasi Felda-felda di kawasan Pahang dan kemudian tiba di Kesedar pada jam 12 tengahari .Kemudian kami teruskan perjalanan melalui Bandar Gua Musang .Di sini kami tidak melalui kawasan banjir kerana tempat yang kami singgah ialah di KPTM Kesedar . Kawasan Gua Musang yang mengalami banjir teruk ialah di area bandar lama. Selesai urusan kerja di Kesedar kami teruskan perjalanan pada pukul 1.30ptg.

Apabila tiba sahaja di Kuala Krai ,suami terus berkata "Kita dah sampai" dan pemandangan yang pertama Sharie lihat ialah rumah kayu yang dindingnya penuh lumpur hingga mencecah ke atap. Penghuninya sibuk menyiram air untuk membersihkan rumah. Rumah Jiran di sebelah rumahnya pula ranap menyembah bumi dan tiada siapa yang dapat dilihat berlegar-legar di situ. Di perjalanan Sharie dapat lihat ada sepasang anak dan ayahnya terpaksa pergi ke sumber paip air bersih yang lokasiya hanya di tepi jalan dan mandi di situ. Terlintas di fikiran, rumah mereka tiada air bersih lagi, mungkin sebulan lagi baru bekalan air akan pulih sepenuhnya. Ada juga yang Sharie lihat mengangkut air bertong-tong ke dalam kereta untuk keperluan di rumah. Rata-rata penduduk di situ bertungkus lumus untuk survive dalam keadaan sumber air dan keperluan yang sangat terhad.

Sepanjang perjalanan Sharie dapat lihat deretan pakaian bersih dijemur diluar rumah ,ada juga pakaian yang dilonggok bertimbun-timbun di tepi jalan mungkin kerana tak diketahui siapa pemiliknya.Sampah sarap yang sepatutnya berada di atas tanah ,bergantungan di dahan pokok yang tinggi. Nampak juga pokok yang jatuh menyenget kerana dibawa arus banjir yang deras.Disini Sharie dah dapat visualizekan  ketinggian dan kederasan air banjir yang melanda Manek Urai.
Banjir Setinggi Pokok
Anda Dapat Bayangkan Ketinggian Banjir?
Lumpur yang berada di bawah bahagian pokok ialah setinggi air naik dan pokok yang hijau ialah yang bebas banjir. Kawasan yang berdekatan dengan sungai ialah kawasan yang paling teruk dilanda banjir seperti gambar di bawah ini;
Kereta terbalik.
Khemah Di Kawasan Rumah.
Pondok @ Rumah yang Hanyut.
Khemah di Kawasan Surau.
Pusat Jualan Kereta Terpakai Berlumpur.
Apabila sampai di bandar , Sharie dapat lihat bank juga turut terkena impaknya. Staff yang berada di luar bank sedang mengalihkan peralatan ofis untuk dikemaskan @ di write off kan. Tak kurang juga ada yang sudah menjalankan bisnes seperti biasa.

Disini hanya beberapa gambar yang Sharie boleh siarkan ,tapi sebenarnya ada lebih banyak lagi yang tak sempat di snap.
Perkongsian Blog ini hanyalah kecil berbanding dengan penduduk Kuala Krai yang telah mengalaminya dan juga salute kepada sukarelawan kerajaan dan swasta yang tak putus-putus mbantu mereka dalam segenap segi untuk banjir itu sendiri. Di sini Sharie harap pembaca dan rakan semuslim semua rajin-rajinlah memanjatkan doa kepada Allah swt supaya dihindarkan musibah . Sentiasa lah bersangka baik dengan Allah swt kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya . Allah swt itu sentiasa dekat dengan kita apabila kita berdoa meminta bantuan-Nya. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Besar ,Maha Kuasa dan Maha Agung dan tiada daya upaya kita selain daripada pertolongan daripada Allah swt. Sharie mohon bantuan yang disalurkan 100% hanya kepada mangsa-mangsa banjir dan tiada yang mengambil kesempatan keatas musibah yang berlaku.

Sekian dulu coretan yang penuh rendah diri ,semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari perkongsian Sharie ini. Wasalam.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...