DATE

Saturday 18 October 2014

VITAMIN C, KOLAGEN UNTUK KULIT


Secara umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit.Ia seharusnya diterima secara positif. Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an,pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen. Tidak dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling layak untuk dikenali dan sememangnya layak dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh,termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu,.Ia juga mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Ramai yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula,pengambilan Vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.


Menurut presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr Chin Shih Choo, Vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan. "Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu,vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan ,Vitamin C dikenali sebagai agen anti-penuaan"  jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik,MJ Medical Aesthetic.


KEPERLUAAN
Tambah Dr.Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri. Pun begitu,keperluan Vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau,buah beri merah, tomato,kentang,brokoli,bunga kubis, kubis brussels, lada loceng merah dan hijau,kubis serta bayam.

Mengulas tentang kolagen, Dr Shih Choon memberitahu ,kolagen ialah sejenis protein dan bekerjasama bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat,licin dan anjal. Apabila anda muda ,anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti Vitamin C,peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah", katanya.

Tambah beliau lagi, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap , madu manuka dan buah avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber lain daripada laut seperti ikan.

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen", katanya yang menyarankan semua golongan tak kira tua atau muda mengambilan Vitamin C dan kolagen.

Pastinya di sini Vitamin C ialah suplimen hebat yang tentunya memberi kesan yang mantap pada si empunya badan. Ayah Sharie pun mengamalkannya cuma lain brand hehehe ..boleh saja asal dah mulakan dari awal betul tak? Kalau yang belum start lagi,Sustained Release Vitamin C Shaklee ialah vitamin permulaan yang bagus untuk anda. Sehari sebiji pun dah cukup untuk kesihatan menyeluruh.




Personally, Shari ambil Vitamin C untuk anti-oksidan dan kolagen. Tapi side effect yang yang Sharie  realize ialah kulit muka makin cerah dan gusi dah tak berdarah time berus gigi,dan jadi lebih pandai daripada dulu...Hahaha gurau je cuma nak kongsi ada  study yang menunjukkan Vitamin C boleh improve IQ, memori dan fungsi mental yang lain. Cuba la sendiri dan anda akan kelihatan hebat dari dalam dan luar itu saja . Sekian dari Sharie dan tentunya kalau anda berminat sila hubungi saya. 

FB PAGE: NUTRITIOUS VITAMIN SHOP

Sunday 12 October 2014

PHYTOCOL-ST UNTUK 'KAKI' MAKAN

Celik mata sahaja macam-macam makanan yang best boleh kita beli. Sanggup kemana saja asalkan nafsu makan boleh dipenuhi. Cakap je nasi lemak, nasi goreng, nasi kerabu, nasi dagang,roti canai, teh tarik uishh . Itu baru sarapan pagi belum lagi makan tengahari cukup mewah dengan pelbagai lauk pauk sampailah menu ke tengah malam . Betapa mewah dan bertuahnya tinggal kat Malaysia ni kan. Lebih happening lagi kalau kita tinggal kat KL sebab ada banyak restoran yang buka 24 jam. 

Fenomena ini rata-rata merangsang si 'Kaki' makan untuk mencuba makanan disana sini sehingga sukar untuk mengawal pemakanan. Di sebalik untungnya kita mampu menikmati semua ini,pernahkah semua sedar betapa banyak lemak dan kolesterol yang telah terkumpul di dalam tubuh kita?. 


Masa makan memang sedap dan lazat sehingga menjilat jari tapi kesan sampingan akibat makanan berlemak tadi tiada siapa yang sanggup menanggungnya. Nak reject makanan yang superduperlicious? Ia bagaikan sesuatu yang impossible!

Desserts Hard To Resist
Takkan Nak Buat Macam ni Pula?
Bagi individu yang sihat Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari dan bagi mereka yang menghidap penyakit jantung pula disyorkan tidak melebihi 200mg sehari. Tapi kebanyakkan kita  tidak sedar yang mereka telah mengambil 3 kali ganda jumlah yang disyorkan . Dan ini pastinya akan memberi 'green light' untuk pelbagai penyakit datang kepada tubuh badan kita.
Antaranya, risiko seperti meningkatkan serangan jantung sehingga 15.6%,angin ahmar 11% ,dan juga penyakit lain seperti penyakit hati berlemak dan ketidakseimbangan hormon yang boleh menjejaskan fungsi seksual.(We dont want this for sure kan?)



2000 MG FITOSTEROL SEHARI


Jadi untuk sebab ini Shaklee pada tahun ini melancarkan suplemen PHYTOCOL-ST yang cukup istimewa di mana ia merupakan rumusan yang mantap menggabungkan beberapa jenis fitosterol di mana fungsi utamanya untuk mengawal paras kolesterol dalam tubuh kita. Menurut Dr.Bruce Daggy,Timbalan Presidan dan Ketua Pegawai Sains Shaklee Corporation, fitosterol difahamkan sebagai sterol dan stanol tumbuhan wujud secara semula jadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan ,sayuran,kekacang ,biji-bijian,legume,bijirin dan minyak sayuran.


Selain itu, kajian terhadap sterol tumbuhan oleh European Foods Safety Authority (EFSA) dilihat mampu mengurangkan kolesterol dalam darah dan boleh mengurangkan risiko penyakit  jantung koronari. Ia juga sangat penting untuk menjaga fugsi normal bagi membran sel badan kita menjalankan tugasnya di dalam tubuh. 

Struktur fitosterol adalah hampir serupa dengan kolesterol dan dengan pengambilan fitosterol ,ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya penyerapan kolesterol disekat dan akan disingkir keluar bersama-sama fitesterol. ini bermakna apabila kita mengambil jumlah fitesterol yang tinggi semakin kurang pula kolesterol yang akan diserap tubuh dan semakin tinggi peluang  untuk menurunkan paras kolesterol jahat LDL.   


200 Batang Lobak Merah Sehari?


Dr Bruce juga menyatakan Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika mencadangkan pengambilan 2000mg fitesterol dalam diet harian bagi menurunkan paras kolesterol secara semula jadi. Pastinya suatu jumlah yang besar dan susah untuk kita melakukannya .Siapa di kalangan kita yang mampu makan 200 batang lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato setiap hari,agak mustahil bukan?. Tapi dengan 2 tablet phytocol yang diambil dua kali sehari mampu memberikan anda jumlah fitosterol yang disyorkan.


Tambahnya lagi, para pengguna tak perlu risau dengan keselamatan produk ini sebab ia telah melalui lebih 80 kajian klinikal dan penerbitan  saintifik juga dilakukan untuk melaporkan tentang keberkesanan produk ini.
Saya sangat bencikan kolesterol!Phytocol adalah jawapan kepada bagaimana kita mahu kurangkan paras kolesterol. Umur muda atau tua bukanlah perbezaan kepada tahap kolesterol. Paling penting ialah penjagaan pemakanan dan mengamalkan cara hidup yang sihat contohnya selalu bersenam dan juga beriadah. Anda mempunyai pilihan untuk bertindak lebih bijak daripada kolesterol. Mahu mencuba?


FB PAGE : NUTRITIOUS VITAMIN SHOP

ADA HADIAH ISTIMEWA MENANTI ANDA JUGA!



Monday 6 October 2014

FAEDAH & KEBAIKAN ENERGISING SOY PROTEIN SHAKLEE

Energizing Soy Protein Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia dengan menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan  protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik)  yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap tin 1kg ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.



Energizing Soy Protein Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur tua atau muda.
Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari  susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

THE ROLE OF PROTEIN IN THE BODY
As a nutrient, protein performs many functions in the body. An adequate dietary protein intake is important for BUILDING, MAINTAINING and REPAIRING body tissues. The body’s structural components, such as skin, muscles, bones, and organs, are made up in large part by protein. Many hormones and enzymes that function to regulate body processes and chemical reactions are made of protein. Protein is also used to make antibodies to fight disease. If you do not consume enough carbohydrate and fat, proteins can also supply your body with energy.
When we don’t have enough protein, we may experience:
  • Loss of muscle mass that can cause physical weakness
  • Fatigue
  • A weakened immune system

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:
  1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.
Ok ada berita baik sempena bulan October 2014 ni, Promosi ESP you all!!


Kelebihan yang anda akan dapat apabila ambil 6 botol ESP ini ialah;

  • PERCUMA 1 canister ESP berharga RM150.00.
  • PERCUMA keahlian Shaklee bernilai RM75.00( termasuk postage).
  • CASH BACK RM36.00
Jumlah jimat sebanyak RM261.00. Anda hanya perlu membayar Rm639.00 untuk 7 canister ESP , free membership dan cash back just easy as that!.

Menarik, Tertarik ? Dont waste your time making decision, Grab this chance while ESP is in Special Price Y'all!!

You can always contact me for free consultation and best price!


                 FB PAGE= NUTRITIOUS VITAMIN SHOP


ADA HADIAH IKHLAS DARI SAYA MENANTI ANDA JUGA!








Sunday 5 October 2014

PENTINGKAH PROTEIN?

Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN




Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 




PENTINGKAH PROTEIN?

Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.


25% daripada badan kita berasal (diperbuat) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 
and the total is 100%

TAHUKAH ANDA ?

Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN




Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

KELEBIHAN ESP INI IALAH;
membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
Lelaki : melindungi dari any disease(heart, cancer etc)
Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus ; less late pregnancy discomfort.
Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein .Protein diperlukan untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).

Apa pendapat anda sekarang? Sekiranya berminat untuk mendapat konsultasi percuma berkenaan vitamin yang sesuai untuk anda sila hubungi saya di;
FB PAGE = NUTRITIOUS VITAMIN SHOP

ADA HADIAH IKHLAS DARIPADA SAYA MENANTI ANDA JUGA!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...