DATE

Monday 19 January 2015

GAMBAR SEKITAR MANEK URAI KUALA KRAI


Kain Berjemuran Diluar Rumah.
Salam semua, Sharie nak berkongsi sedikit gambar yang diambil ketika melalui Manek Urai di Kelantan baru-baru ni. Pada 12hb January 2015 lepas Sharie mengikuti suami pergi ke Kelantan kerana urusan kerjanya. Kami melalui Karak, merentasi Felda-felda di kawasan Pahang dan kemudian tiba di Kesedar pada jam 12 tengahari .Kemudian kami teruskan perjalanan melalui Bandar Gua Musang .Di sini kami tidak melalui kawasan banjir kerana tempat yang kami singgah ialah di KPTM Kesedar . Kawasan Gua Musang yang mengalami banjir teruk ialah di area bandar lama. Selesai urusan kerja di Kesedar kami teruskan perjalanan pada pukul 1.30ptg.

Apabila tiba sahaja di Kuala Krai ,suami terus berkata "Kita dah sampai" dan pemandangan yang pertama Sharie lihat ialah rumah kayu yang dindingnya penuh lumpur hingga mencecah ke atap. Penghuninya sibuk menyiram air untuk membersihkan rumah. Rumah Jiran di sebelah rumahnya pula ranap menyembah bumi dan tiada siapa yang dapat dilihat berlegar-legar di situ. Di perjalanan Sharie dapat lihat ada sepasang anak dan ayahnya terpaksa pergi ke sumber paip air bersih yang lokasiya hanya di tepi jalan dan mandi di situ. Terlintas di fikiran, rumah mereka tiada air bersih lagi, mungkin sebulan lagi baru bekalan air akan pulih sepenuhnya. Ada juga yang Sharie lihat mengangkut air bertong-tong ke dalam kereta untuk keperluan di rumah. Rata-rata penduduk di situ bertungkus lumus untuk survive dalam keadaan sumber air dan keperluan yang sangat terhad.

Sepanjang perjalanan Sharie dapat lihat deretan pakaian bersih dijemur diluar rumah ,ada juga pakaian yang dilonggok bertimbun-timbun di tepi jalan mungkin kerana tak diketahui siapa pemiliknya.Sampah sarap yang sepatutnya berada di atas tanah ,bergantungan di dahan pokok yang tinggi. Nampak juga pokok yang jatuh menyenget kerana dibawa arus banjir yang deras.Disini Sharie dah dapat visualizekan  ketinggian dan kederasan air banjir yang melanda Manek Urai.
Banjir Setinggi Pokok
Anda Dapat Bayangkan Ketinggian Banjir?
Lumpur yang berada di bawah bahagian pokok ialah setinggi air naik dan pokok yang hijau ialah yang bebas banjir. Kawasan yang berdekatan dengan sungai ialah kawasan yang paling teruk dilanda banjir seperti gambar di bawah ini;
Kereta terbalik.
Khemah Di Kawasan Rumah.
Pondok @ Rumah yang Hanyut.
Khemah di Kawasan Surau.
Pusat Jualan Kereta Terpakai Berlumpur.
Apabila sampai di bandar , Sharie dapat lihat bank juga turut terkena impaknya. Staff yang berada di luar bank sedang mengalihkan peralatan ofis untuk dikemaskan @ di write off kan. Tak kurang juga ada yang sudah menjalankan bisnes seperti biasa.

Disini hanya beberapa gambar yang Sharie boleh siarkan ,tapi sebenarnya ada lebih banyak lagi yang tak sempat di snap.
Perkongsian Blog ini hanyalah kecil berbanding dengan penduduk Kuala Krai yang telah mengalaminya dan juga salute kepada sukarelawan kerajaan dan swasta yang tak putus-putus mbantu mereka dalam segenap segi untuk banjir itu sendiri. Di sini Sharie harap pembaca dan rakan semuslim semua rajin-rajinlah memanjatkan doa kepada Allah swt supaya dihindarkan musibah . Sentiasa lah bersangka baik dengan Allah swt kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya . Allah swt itu sentiasa dekat dengan kita apabila kita berdoa meminta bantuan-Nya. Sesungguhnya Allah swt itu Maha Besar ,Maha Kuasa dan Maha Agung dan tiada daya upaya kita selain daripada pertolongan daripada Allah swt. Sharie mohon bantuan yang disalurkan 100% hanya kepada mangsa-mangsa banjir dan tiada yang mengambil kesempatan keatas musibah yang berlaku.

Sekian dulu coretan yang penuh rendah diri ,semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari perkongsian Sharie ini. Wasalam.






No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...