DATE

Sunday 22 February 2015

SEBAB SUKAR PUTIH

Kosmetik dengan vitamin C dikatakan mampu merangsang pembentukan kulit lebih cerah dan melambatkan penuaan. Namun andai salah memilih pasti bertahun menunggu untuk melihat hasilnya. Dr Arthur W.Perry dari University Columbia di New York menyatakan hanya vitamin C yang diperkaya dengan L-ascorbic acid efektif buat kulit.

Vitamin C Shaklee mengandungi 95% ascorbic acid patutlah ramai yang mengambilnya sebagai supplemen .Betul betul menjadi!

Nak dapatkan Vitamin C yang best ni boleh contact Shari di 01592004100@0173813284



Sunday 8 February 2015

PISANG GORENG CHEESE

Tadi lepas habis kerja terus terfikir nak beli pisang goreng cheese . Area Bandar Baru Bangi memang ramai yang jual pisang ni cuma nama dan banner je yang berlainan. Banner pula masing-masing tak nak kalah tau, pasti ada pelanggan yang parking tepi punya lah.

Bila banyak pilihan kuih,ramai la pelanggan yang datang kan. So Sharie decide pergi area seksyen 9 gerai dekat dengan kedai Melaka Kitchen. Memang si peniaga jual sebelah menyebelah .Sorang pakcik ni jual pisang cheese, makcik sebelah pula jual coconut shake,pisang cheese,pisang goreng dengan keropok leko.

At first nak pergi dekat pakcik tu tapi masa tu la ramai orang dan masa tu la pakcik tu busy nak goreng pisang .Sharie dah tangkap leleh ni so pergi je dengan makcik sebelah. So order la 1 set,sebelum ni pernah juga beli kat  macam-macam gerai dan Sharie dah rasa macam-macam topping tapi dengan makcik nie kelainan dia hanya tabur brown sugar sikit. Alhamdulillah memang sedap. Pilihan pisang pun sangat bersesuaian dengan rasa (tak tanya la pisang apa). RM6 untuk 9 ketul ,size pisang dlm sederhana je.

Beli jugak pisang goreng biasa sebab nak mix and match rasa la konon.Pisang goreng biasa pakai berlainan batter so rasanya ok jugak tapi tak sesedap yang macam dalam polisterin .

Sharie doakan makcik sentiasa diberikan rezeki yang murah dalam perniagaan . Macam tu la kalau berniaga kalau kita ikhlas dan peramah sure ada pelanggan yang akan datang lagi macam Sharie ni.

NGAP NGAP NGAP SEDAP

Pisang Goreng Cheese anda macam mana pula?

Monday 2 February 2015

THE BIG BAD WOLF FIRE SALE MIECC

BIG BAD WOLF AUWW!
Salam semua , apa rancangan anda pada cuti  Thaipusam ni agaknya ye? Sharie ada satu suggestion .Why not isi masa terluang pergi dekat MIECC beli buku murah. Haa.. peluang yang tak patut dilepaskan tau. Harga buku Rm8 tapi ada lagi further markdown. Oh my so cheap!.

Semalam 2hb Feb 2015 kami tak plan pun nak pergi The Mines Shopping Centre ,kalau tak disebabkan laptop problem tak jejak lah kaki kat MIECC .Lepas settle pasal Laptop kami terus melintas ke MIECC menerusi jambatan dari shopping complex The Mines .

BBW SUPERSTAR
ENTRANCE BBW
Sebelum masuk Sharie agak-agak orang kat exhibition hall mesti ramai tapi bila masuk Alhamdulillah tak crowded dan agak lengang mungkin sebab dah malam .

MILLION OF BOOKS
Rambang mata Sharie nak memilih sebab dekat pintu entrance dah tersusun buku cookery yang sangat murah. Hard cover books yang cantik tertarik ko memang da boom ok. Mana la tak keruan dibuatnya. Kami terus pergi ke children books sebab nak menggalakkan anak membaca buku. Bukan ke menguasai 2 bahasa itu lebih digalakkan?.

INI AKIBAT TAK BAWA STROLLER
Bila dah pilih buku ni kami letak balik sebab ada yang lagi best. Dah pilih buku paling best tu , kami letak semula sebab ada lagi yang badda best,macam kecelaruan sekejap. So tak nak berlengah kami ambil buku yang ada activity untuk anak membaca sebab at least she will know reading is fun and full of knowledge. Biar tanam minat dia dari kecil sebab dah besar nanti she will know a lots of word kan. 

Penat berjalan memilih buku anak jadi bertukar untuk emaknya pula. Cookery la apalagi. Science,fiction,non-fiction, politics,malay novel nah.. not interested. Makan lagi best. Dah puas hati jadi kami pun decide untuk balik memandangkan masa dah nak dekat pukul 11 malam. Shari dah kira semua dalam RM68 tapi bila bayar terkejut sebab jumlah jauh lebih murah. Rasa nak patah balik nak ambil buku Gordon Ramsay,Rachel Ray, Nigella, Jamie Oliver semua sekali tapi masa tak mengizinkan .Uwwaa!...

RM41 JER
Kami pun keluar ke security check ,sepanjang jalan keluar tu ada flat poster dijual dengan harga murah dan superhero tin signage  .Siapa peminat dan pengumpul poster dan signage tin tu boleh la pergi BBW ni ok sebab murah. Tapi replica airplane yang kecil tu untuk hiasan sahaja mungkin nak menarik minat pembaca sahaja.
IMPORTED TIN SIGNAGE
SUPERHERO POSTERS
MARVEL SUPERHERO POSTER
SMALL AIRPLANE REPLICA
Dekat security check tu pun sekejap je and kena provide resit belian. Maka itulah saja kisahnya. Nak tengok buku yang Sharie beli? 

8 BOOKS &HAPPILY EVER AFTER
Malam tu excited sangat nak baca buku jadi Sharie bacakan buku Messy Me dekat Wardina. Cerita yang simple dan mudah Sharie nak terjemahkan kepada bahasa Melayu. Jadi anda semua, apalagi BBWFS akan ended pada 9hb Februari ni. Nak tahu lebih lanjut tentang BBWFS 2015 boleh click sini .JANGAN KETINGGALAN!








Sunday 1 February 2015

WEDDING DAN CENDOL

Salam semua, hari ni Sharie nak cerita pasal anak sikit. Selalunya kalau kita pergi jemputan kahwin lauk apa yang selalu orang hidangkan? Ayam masak merah, rendang daging, acar buahan, acar sayuran, gulai lemak, pajeri dan banyak lagi daripada kebiasaannya. Cendol ,puding,kek dan kuih-muih pula sebagai pencuci mulut .

Sebagai ibu Sharie tak galakkan anak memakan makanan yang pedas sebabnya terlalu muda bagi usus mereka menerima makanan yang boleh mengakibatkan pedih perut dan buasir diawal usia. Terpulang pada pendapat masing-masing but I'll stick with mine.

Jadi memang selalunya Wardina akan minta nasi putih instead of nasi beriani. Nasib baik majlis kahwin sekarang ada dua pilihan nasi ,tak macam dulu-dulu ada nasi minyak je kan. Orang zaman sekarang dah lebih memahami tak semua orang boleh makan nasi minyak sebab kolesterolnya yang tinggi boleh menyebabkan heart attack atau strok iye tak? tapi memang tak dinafikan ia sajian yang enak dgn pilihan lauk-lauk tadi.

Disebabkan lauk-lauk tadi pedas belaka jadi nasi putih je la atas pinggan . Lepas tu suami ambil Cendol .Wardina punyalah gembira sampai tak nak makan nasi . Sharie pun cakap "Kalau nak cendol Wardina makan nasi dulu ok".  Mata dia tak pandang tempat lain dah memang membuak-buak nak makan cendol tu. Wardina pun cakap "Mama,letak cendol tu kat sini" supaya dekat dengan dia . Jadi Shari pun letak sebelah dia ,terus dia nak capai sudu cendol tu. "Eh eh eh nanti dulu makan nasi dulu Wardina. Nanti tumpah nanti". Wardina cakap"Mama letak kat sini"sambil tunjuk kat pinggan nasinya.

Ok pada waktu ini,Sharie tengok dia cuba untuk memenuhi keinginannya dan mematuhi nasihat Sharie. Jadi dia timbulkan satu idea makan nasi dan cendol sekali satu pinggan. Tak kisah la Wardina,mama pun dah lapar jadi baik kita Ngap dari tinggal Ngep hihihi..

Terlintas nak berikan Wardina Vitalea for Kids Shaklee dengan formula baru and plus perasa anggur. Mesti sedap dan boleh kunyah. Memang selama ni Wardina minum Meal Shakes tapi itu minuman, Vitalea kids is chewable tab so its a different form. Next story Sharie akan kongsi apa kebaikan Vitalea Kids dan nutrien yang terkandung didalamnya. Tunggu...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...