DATE

Tuesday 25 November 2014

TIPS HILANGKAN EYE BAG

Eye bag biasanya di alami oleh mereka yang sering kurang tidur atau berjaga di waktu malam, sering bekerja terlalu lama di depan komputer, kurang minum air putih dan bekerja lebih dari lapan jam sehari. Jika ingin menghilangkan eye bag dan merawat mata lelah, berikut tips cara menghilangkannya.
Cara paling mudah yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan eye bag adalah dengan menggunakan air sejuk. Gunakan lap yang telah di celupkan pada air sejuk dan kompreskan pada kedua mata, diamkan selama beberapa minit. Lakukan ini secara rutin sebelum tidur. Anda boleh melihat eye bag sudah hilanh keesokan paginya. 

Anda suka minum teh? Jangan buang hampasnya. Letakkan hampas teh tersebut di peti ais supaya sejuk dan kompreskan hampas teh tersebut pada kawasan di sekitar mata. Lakukan hal ini selama kira-kira beberapa minit, cara ini dipercayai mampu menghilangkan eye bag 
.
Teh juga boleh digunakan untuk mask muka. Kandungan tanin dalam teh sangat baik untuk mengatasi sunburn pada kulit wajah dan menghilangkan jerawat. Disamping itu, teh mengandungi antioksida untuk mencegah penuaan. Cuba rendam hampas teh semalaman dan gunakan sebagai mask dengan mengoleskannya pada seluruh bahagian wajah dan leher anda. Biarkan hingga kering, lalu bilas hingga bersih.  



Anda juga boleh menggunakan timun sebagai cara untuk menghilangkan eye bag . Hiris timun yang sudah dimasukkan ke peti ais dan kompreskan terus pada kawasan mata. Seperti teh, anda juga boleh menggunakan timun sebagai topeng muka. Tumbuk dan haluskan timun lalu oleskan pada wajah. Jangan lupa bersihkan dengan tuala sejuk selepas itu, cara ini dapat berguna untuk mengurangkan minyak yang berlebihan dan menyegarkan wajah. 


Selain itu juga anda dapat menghilangkan eye bag dengan menggunakan kentang. Caranya dihiris kentang dengan terlebih dulu dikupas kulitnya dan dibasuh bersih, kemudian hasil parutan tadi tempelkan pada kawasan disekitar mata. 
Biarkan selama 15-20 minit lalu bilas dengan air bersih. 



Selain semua cara di atas, anda juga boleh menggunakan susu cair dan putih telur. 
Ambil kapas secukupnya kemudian basahkan dengan susu cair, letakkan kapas tersebut pada kawasan eye bag. Diamkan selama lima belas minit dan selepas itu bilas dengan air bersih. Untuk menghilangkan kantung mata dengan putih telur, caranya adalah mencelup berus pada putih telur kemudian usapkan pada kawasan bawah mata. Diamkan sejenak beberapa minit kemudian basuh dengan air sejuk.

Itu saja tips menghilangkan eye bag , selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...