DATE

Sunday 21 December 2014

JANGAN ABAIKAN 6 GEJALA INI!

Tubuh sebenarnya mempunyai signal khusus yang memaklumkan kita adanya gangguan kesihatan. Sayangnya signal tubuh ini seringkali kita abaikan."Tubuh akan menghantar signal berupa gejala atau tanda tertentu untuk mempringatkan kita kemungkinan bahaya" kata Neil Shulman seorang doktor yang menulis buku Your Body's Red Light Warning Signals. Walaupun kurang serius, ada beberapa gejala perubatan yang sebaiknya tidak diabaikan dan segeralah berjumpa doktor.

1. Strok
  • Lumpuh pada lengan atau kaki,kesemutan, kebas bingung,penglihatan ganda,bicara tidak jelas ,sulit menemukan kata,serta lemas terutama pada satu bahagian tubuh atau wajah.
2. Serangan Jantung
  • Nyeri dada atau rasa tidak nyaman,sakit pada lengan,rahang atau leher,keluar peluh dingin,rasa lemah yang mendadak mual,muntah atau sesak nafas.
3. Saluran Darah Tersumbat Pada Bahagian Kaki
  • Rasa lemah dan sakit pada bahagian bawah kaki,nyeri dada ,sesak nafas atau batuk darah.
4. Jangkitan Prostat,Ginjal atau Saluran Kencing.
  • Darah dalam urin tanpa disertai rasa sakit.
5. Serangan Asma
  • Gejala asma yang makin memburuk.
6. Kemurungan

  • Depresi dan berfikir untuk membunuh diri akibat ketidakseimbang kimia otak.

Sumber iSihat.

TIPS BANTU MANGSA SERANGAN JANTUNG


Tiada siapa dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa depan , betul kan?. Ia termasuklah dalam aspek kesihatan. Oleh itu, sangat penting untuk membuat persiapan terhadap sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Dr.Haizal Haron kamar,Pakar Kardiologi,Pusat Perubatan Tropicana menegaskan persediaan awal bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa sendiri malah nyawa orang lain.

Secara asasnya , setiap individu perlu tahu bagaiman teknik-teknik mudah dan asas jika berhadapan dengan situasi cemas. Dalam membantu mangsa yang diserang penyakit jantung mereka hendaklah mempelajari bagaimana melakukan Cardiopulmonary resuscitation (CPR).

Pertama ,perhatikan keadaan mangsa,jika stabil hendaklah terus dibawa dan dirujuk kepada hospital berdekatan. Kalau sebaliknya,lakukan CPR sekiranya diperlukan,

Dari segi pernafasan pula, pelajari bagaimana untuk mengenal pasti keadaan berpandukan denyutan nadi dan pernafasan mangsa. Cara terbaik adalah dengan memastikan mangsa diletakkan dalam keadaan 'recovery position' bagi membolehkan air liur atau apa sahaja yang menyekat pernafasan mangsa dikeluarkan.


"Pastikan juga denyutan nadi mangsa berada pada tahap yang stabil. Tapi jangan pula terleka sehingga lupa membuat panggilan kecemasan dulu.

"Sesetengah mangsa mungkin tidak boleh berkomunikasi.Jika mangsa masih boleh bercakap,pastikan sama ada dia membawa bekalan ubat atau tidak. Sekiranya ada,bantu mangsa untuk menelan ubatnya. Sebagai persediaan untuk diri sendiri juga, anda dinasihatkan agar sentiasa membawa ubat aspirin sebagai bekalan.

"Aspirin boleh membantu mangsa serangan jantung sekiranya tiada bekalan ubat lain .Pastikan juga mangsa tidak mempunyai alahan terhadap aspirin. Hancurkan aspirin tersebut dan minta mangsa menelan perlahan-lahan.Kalau tidak mampu menelan,letakkan sahaja aspirin dibawa lidah.Sentiasa berkomunikasi bagi mengelakkan mangsa tidak sedarkan diri sehingga bantuan kecemasan tiba" ujar Dr Haizal.
*Sumber isihat.

Monday 1 December 2014

VITAMIN C APA YANG PERLU KITA TAHU?

Salam and Hi semua, dah lama tak update blog sebab kesibukan bekerja. Sangat jeles pada kawan-kawan yang sentiasa menyelitkan masa untuk berblog . Tak ter kejar Sharie nak meluangkan masa sebab hari Sabtu dan Ahad pun setia bekerja separuh hari dah tentulah sangat penat .Tapi hari ni Sharie gagahi juga menaip untuk anda yang ingin tahu tentang Vitamin C tapi bukanlah secara detail hanya sekadar apa yang perlu untuk kita tahu sahaja. Ok mari kita mulakan .

Vitamin C merupakan vitamin yang diperlukan oleh setiap orang daripada kita. Fungsi Vitamin C ialah sebagai antioksida yang dapat melingdungi tubuh badan kita daripada serangan radikal bebas. Apa radikal bebas tu dan boleh terangkan secara ringkas tak? . Ok secara ringkasnya radikal bebas boleh kita gambarkan sebagai molekul oksigen yang tidak stabil yang terjadi hasil daripada proses metabolik sel-sel kita .Amende tu? Pendek kata semua yang berada disekeliling kita adalah penyebab kepada penurunan tahap kesihatan kita contohnya cuaca, pemakanan kita, gaya hidup kita, kerjaya kita semua boleh berkait langsung kepada radikal bebas ni.Ia sesuatu yang tidak dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian.  Radikal bebas juga terdiri daripada toksik yang boleh menyebabkan kerosakkan pada dinding sel malahan juga bahan-bahan genetik di dalam sel kita. Kerosakan kekal ini akan mempercepatkan proses penuaan dan sekaligus menigkatkan risiko kesihatan tubuh badan kita. 

Shari nak nampak muda biarlah umur 40 tahun pun tapi nampak 25 tahun camtu boleh ? hehe ok sambung balik.

Manusia perlukan Vitamin C untuk menguatkan sistem imun. Kanak-kanak yang kurang  memakan sayur dan buah-buahan akan lebih senang terdedah kepada risiko kekurangan Vitamin C serta mineral lain yang mereka perlukan untuk membesar.. Wanita yang hamil pula memerlukan dos vitamin C yang lebih tinggi sebab untuk ia membantu penyerapan zat besi dan asid folik dengan lebih baik. Kakak-kakak dan adik-adik  kene rajin makan Vitamin C yer sebab ia juga membantu untuk menghalang penyakit demam dan selesema dari menghinggapi badan kita yang sihat ni. Sharie cadangkan makan buahan sitrus dan sayuran hijau 1-2 hidangan untuk bekalan vitamin C yang mencukupi.

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik. Lagi sekali amende tu? Vitamin C ni ialah bahan yang mudah larut yang hampir sama dengan glukos. Ianya merupakan vitamin yang kurang stabil dan sangat sensitif terhadap oksigen. Keberkesanan penyerapannya boleh terjejas jika terdedah kepada cahaya, udara dan haba. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana tubuh kita tidak mampu untuk menyimpan jumlah yang mencukupi. 

Antara fungsi utama Vitamin C ialah mengekalkan kolagen, iaitu protein yang diperlukan untuk membentuk jaringan tisu-tisu kulit,ligamen dan tulang.  Oleh itu mereka yang aktif bersukan atau atlet-atlet mesti mengambil Vitamin  C untuk memulihkan tisu yang terjejas sewaktu bersukan. 

Vitamin C juga berperanan untuk menyembuhkan kulit yang luka dan melecur kerana ia memulihkan pembentukan tisu-tisu penghubung pada luka tersebut. Selain luka ia juga membantu kulit menjadi lebih anjal dan kelihatan muda. Sel-sel di dalam dinding arteri juga memerlukan kolagen untuk membolehkannya mengembang dan menguncup dengan setiap degupan jantung. Kapilari darah juga memerlukan Vitamin C kerana ia lebih mudah rosak tanpanya. 

Kekurangan Vitamin C boleh menjejaskan keberkesanan sistem tubuh kita untuk mengurangkan kolesterol. Wah boleh kurangkan kolesterol juga ya! Sistem ketahanan badan untuk melawan jangkitan penyakit juga akan terjejas. Dengan Vitamin C , kolesterol dalam darah tidak mudah mengalami oksidasi yang merupakan antara sebab penyakit jantung dan strok. Tekanan darah tinggi juga boleh dikurangkan dengan Vitamin C. Fuh banyaknya kemampuan Vitamin C ni .. Ok sambung lagi.

Merokok juga boleh mengurangkan kandungan asid askorbik di dalam darah . Pesakit kanser dan pesakit yang menjalani dialisis juga mempunyai kebarangkalian yang besar menghadapi kekurangan Vitamin C. Oleh itu mereka disarankan menambah dos Vitamin C ke dalam diet mereka.

Kajian terkini mengatakan Vitamin C boleh mengelakkan kanser. Ciri antioksida yang dimilikinya dapat melindungi sel-sel dan DNA daripada kerosakkan mutasi. Vitamin C turut melindungi sistem imun tubuh, pertahanan pertama tubuh dari kanser dan mengelakkan beberapa sebatian penyebab kanser terbina di dalam badan. Kajian juga mengatakan nutrien membantu memelihara sistem imun untuk membolehkannya melawan kanser. <---Seronok bila dengar statement ni kan?  Dos yang tinggi juga boleh membantu simptom lelah.

Selain daripada diatas ,banyak lagi kelebihan Vitamin C sebenarnya. Ternyata kekurangan Vitamin C dalam tubuh boleh  membuatkan kesihatan kita merundum. Walaupun begitu, tiada masalah jika kita mengambil dos yang berlebihan kerana nutrien ini bersifat larut air dan ia mudah dikeluarkan melalui peluh dan lawas.

Best sangat dapat kongsi kebaikan Vitamin C dengan anda semua. Sama-sama kita menambah ilmu kesihatan dan amalkan kehidupan dengan mengambil supplemen . 

Bulan Disember datang dengan promo berganda daripada Shaklee . Vitamin C Beli 6 Percuma 1 jimat 14% dan Twin pack Promo jimat  5%.  Tapi kalau anda pengguna yang suka penjimatan seumur hidup ,sila hubungi Sharie untuk keterangan bagaimana nak dapatkan penjimatan sehingga 20% ke 33% ! Wow ini bisik-bisik jer tau hehehe..


Facebook Page = Nutritious Vitamin Shop


Tuesday 25 November 2014

TIPS HILANGKAN EYE BAG

Eye bag biasanya di alami oleh mereka yang sering kurang tidur atau berjaga di waktu malam, sering bekerja terlalu lama di depan komputer, kurang minum air putih dan bekerja lebih dari lapan jam sehari. Jika ingin menghilangkan eye bag dan merawat mata lelah, berikut tips cara menghilangkannya.
Cara paling mudah yang boleh anda lakukan untuk menghilangkan eye bag adalah dengan menggunakan air sejuk. Gunakan lap yang telah di celupkan pada air sejuk dan kompreskan pada kedua mata, diamkan selama beberapa minit. Lakukan ini secara rutin sebelum tidur. Anda boleh melihat eye bag sudah hilanh keesokan paginya. 

Anda suka minum teh? Jangan buang hampasnya. Letakkan hampas teh tersebut di peti ais supaya sejuk dan kompreskan hampas teh tersebut pada kawasan di sekitar mata. Lakukan hal ini selama kira-kira beberapa minit, cara ini dipercayai mampu menghilangkan eye bag 
.
Teh juga boleh digunakan untuk mask muka. Kandungan tanin dalam teh sangat baik untuk mengatasi sunburn pada kulit wajah dan menghilangkan jerawat. Disamping itu, teh mengandungi antioksida untuk mencegah penuaan. Cuba rendam hampas teh semalaman dan gunakan sebagai mask dengan mengoleskannya pada seluruh bahagian wajah dan leher anda. Biarkan hingga kering, lalu bilas hingga bersih.  



Anda juga boleh menggunakan timun sebagai cara untuk menghilangkan eye bag . Hiris timun yang sudah dimasukkan ke peti ais dan kompreskan terus pada kawasan mata. Seperti teh, anda juga boleh menggunakan timun sebagai topeng muka. Tumbuk dan haluskan timun lalu oleskan pada wajah. Jangan lupa bersihkan dengan tuala sejuk selepas itu, cara ini dapat berguna untuk mengurangkan minyak yang berlebihan dan menyegarkan wajah. 


Selain itu juga anda dapat menghilangkan eye bag dengan menggunakan kentang. Caranya dihiris kentang dengan terlebih dulu dikupas kulitnya dan dibasuh bersih, kemudian hasil parutan tadi tempelkan pada kawasan disekitar mata. 
Biarkan selama 15-20 minit lalu bilas dengan air bersih. 



Selain semua cara di atas, anda juga boleh menggunakan susu cair dan putih telur. 
Ambil kapas secukupnya kemudian basahkan dengan susu cair, letakkan kapas tersebut pada kawasan eye bag. Diamkan selama lima belas minit dan selepas itu bilas dengan air bersih. Untuk menghilangkan kantung mata dengan putih telur, caranya adalah mencelup berus pada putih telur kemudian usapkan pada kawasan bawah mata. Diamkan sejenak beberapa minit kemudian basuh dengan air sejuk.

Itu saja tips menghilangkan eye bag , selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Saturday 8 November 2014

DEMAM EBOLA

Virus Ebola

Penyakit virus Ebola (EVD) atau Demam berdarah Ebola (EHF) ialah penyakit yang menyerang manusia disebabkan oleh virus EbolaVirus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia. Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% - 90% kes jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis virus Ebola punca penyakit. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru. Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7 sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang serius.
Gejala-gejala biasanya bermula dari hari ke-dua hingga ke tiga minggu selepas dijangkiti virus, dengan demam, sakit tekak, sakit otot, dan sakit kepala. Kebiasaannya diikuti rasa loya, muntah-muntah, dan cirit-birit, juga kemerosotan fungsi hati dan buah pinggang. Pada ketika ini, sesetengah orang mula mengalami masalahpendarahan.

Wabak 2014



Pada bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan wabak virus Ebola pertama yang berlaku di wilayah tersebut. pada tanggal 28 Mac 2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus dan 66 orang mangsa telah disahkan meninggal dunia di Guinea, manakala 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian, 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian. Penyiasatan masih diteruskan sehingga sekarang. 
Wabak yang berlaku dengan pantas di ibu negara Guinea, Conakry, adalah yang sangat merbahaya kerana strain virus Ebola ini di kenal pasti begitu cepat menyerang. Negara yang berpenduduk 2 juta orang itu sangat miskin, terlalu banyak lambakan setinggan dan kawasan fakir miskin. Sistem perkhidmatan perubatan ternyata sangat lemah sangat jauh jika dibandingkan dengan negara maju di Eropah yang lain.
Virus tersebut mungkin dijangkiti melalui sentuhan dengan darah atau cecair badan binatang yang dijangkiti (kebiasaannya monyet atau keluang). Penyebaran melalui udara belum pernah didokumenkan dalam persekitaran semula jadi. Keluang dipercayai membawa dan menyebarkan virus tersebut tanpa dijangkiti. Apabila jangkitan manusia berlaku, penyakit ini boleh merebak di kalangan manusia. Penakat lelaki mungkin boleh menyebarkan penyakit melalui air mani selama hampir dua bulan. Untuk membuat diagnosis, biasanya penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang serupa seperti malariataun dan lain-lain demam berdarah viral terlebih dahulu dikecualikan. Untuk mengesahkan diagnosis sampel darah diuji untuk antibodi viral, RNAviral, atau virus itu sendiri.
Pencegahan termasuklah mengurangkan penyebaran penyakit dari monyet dan babi yang dijangkiti kepada manusia. Ini boleh dilakukan dengan memeriksa haiwan itu bagi jangkitan dan membunuh serta melupuskan bangkai-bangkai dengan betul jika wabak tersebut ditemui. Memasak daging semasaknya dan memakai pakaian perlindungan apabila mengendalikan daging juga dapat membantu, seperti memakai pakaian perlindungan dan mencuci tangan apabila berada di sekitar orang yang menghidapi penyakit tersebut. Sampel cecair badan dan tisu penghidap penyakit Ebola perlu ditangani dengan amat berhati-hati.
Tiada rawatan khusus untuk penyakit Ebola; usaha untuk membantu orang-orang yang dijangkiti termasuklah sama ada dengan memberi terapi rehidrasi oral (air yang sedikit manis dan masin untuk diminum) atau cecair intravena.Penyakit ini mempunyai kadar kematian yang tinggi: biasanya membunuh antara 50% dan 90% orang yang dijangkiti virus ini.EVD pada mulanya dikesan di Sudan dan Republik Demokratik Congo. Penyakit ini biasanya berlaku menerusi penularan wabak di kawasan tropika di selatan Gurun Sahara di Afrika. Bermula dari tahun 1976 (apabila ia mula-mula dikenal pasti) sehingga 2013, kurang daripada 1,000 orang telah dijangkiti setiap tahun. Wabak terbesar sehingga kini yang berterusan ialah penularan wabak Ebola Afrika Barat 2014, yang menjejaskan GuineaSierra LeoneLiberiadan kemungkinan Nigeria. Sehingga Ogos 2014 lebih daripada 1600 kes telah dikenal pasti.Usaha masih berterusan untuk membangunkan vaksin; walau bagaimanapun, masih belum berhasil.
Sumber: wikipedia.org

DEMAM DENGGI

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.
Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
  • Demam panas
  • Sakit kepala
  • Sakit tulang belakang
  • Sakit sendi-sendi
  • Loya dan muntah-muntah
  • Sakit biji mata
  • Ruam
Apakah yang akan terjadi sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
  • Mudah lebam
  • Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
  • Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga membawa maut
Apakah rawatan untuk demam denggi?
Masih tiada rawatan khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air. Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai jenis cara untuk mencegah demam denggi :
  1. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk
    • Membuang bekas yang boleh menakung air
    • Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
    • Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya sekurang-kurangnya seminggu sekali
    • Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
    • Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan jentik-jentik
  2. Menggunakan semburan serangga untuk membunuh nyamuk
  3. Mengambil langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
    • Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
    • Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada gigitan nyamuk
    • Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar panjang sewaktu keluar rumah
    • Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di kawasan tertutup
Sumber: www.infosihat.gov.my


BAHAYA MEROKOK


Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
  • Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
  • Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
  • Jagalah mereka, sayangi mereka.
  • Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
  • Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
  • Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
  • Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
  • Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
  • Kualiti sperma anda akan terganggu.
  • Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda Akan Terganggu
  • Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
  • Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
  • Selamatkan diri anda dari mati pucuk
  • Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.

Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

Merokok Mengakibatkan Strok
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
  • Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
  • Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda Mendapat Strok
  • Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
  • Bantulah diri anda.
  • Amalkan cara hidup sihat.
  • Jangan merokok.
Berhenti Merokok
  • Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
  • Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
  • Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
  • Luahkannya dengan cara positif.
  • Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan Serangan Sakit Jantung

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

Sayangkan Jantung Anda
  • Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
  • Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
  • Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
  • Jauhilah diri dari asap rokok basi.
  • Belajarlah menyayangi jantung anda.
  • Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan Akibat Merokok
  • 50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
  • Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
  • Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
  • 60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
  • Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
  • Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan Kanser Paru-Paru

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru
  • Setiap sedutan membawa padah.
  • Kenapa harus meracuni diri?
  • Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
  • Selamatkan diri dari kanser paru-paru.
  • Bertindak bijak, jangan merokok.
Keluarga Anda dan Orang Tersayang

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.

Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Bahan Toksik Dalam Asap Rokok

Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.
Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
MetanolBahan Api
NitrobenzenaGasolin
Karbon MonoksidaAsap kereta
ButanaCecair pemetik api
RaksaLogam dalam jangka suhu
Vinil KloridaBahan utama plastik
ToulenaPelarut industri
AmmoniaPencuci lantai
ArsenikRacun tikus
KadmiumBahan utama bateri alkali
StearikBahan utama dalam lilin
SianidaRacun berbisa

Sumber: www.infosihat.gov.my


Thursday 6 November 2014

KOMBO OMEGA GUARD SHAKLEE

Kombinasi Omega Guard bersama vitamin lain yang memberi manfaat lebih banyak lagi berbanding hanya mengambil Omega guard sahaja.

1.KOMBO OMEGA GUARD+ ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
  • Kesihatan sendi
  • Memudahkan pergerakan
  • Meningkatkan kesihatan pesakit arthritis dan gout

2.KOMBO OMEGA GUARD+ALFALFAL COMPLEX
  • Detox dan membantu membakar lemak.
  • Kawalan kolesterol
  • Kesihatan jantung
  • Bermanfaat untuk pesakit gout dan arthritis
  • Kesihatan sendi
  • Meringankan sembelit dan buasir

3.KOMBO OMEGA GUARD+CAROTOMAX
  • Kesihatan mata
  • Mengurangkan risiko mata kering
  • Melegakan masalah kulit
  • Kesihatan tisu kulit
  • Meningkatkan imuniti

4.KOMBO OMEGA GUARD+CHEWABLE VITA C
  • Meningkatkan kesihatan anak
  • Manfaat buat pesakit asma
  • Kulit yang sihat

5.KOMBO OMEGA GUARD+COQ HEALTH PLUS
  • Kesihatan jantung
  • Kawalan kolesterol
  • Mencegah salur darah dari tersumbat
  • Kecantikan kulit
  • Kesuburan lelaki

6.KOMBO OMEGA GUARD+ESP
  • Tenaga berpanjangan
  • Kawalan paras kolesterol
  • Kecantikan
  • Sesuai untuk ibu mengandung & menyusukan anak
  • Kulit yang sihat berseri
  • Slimming

7.KOMBO OMEGA GUARD+GARLIC COMPLEX
  • Mengawal darah tinggi
  • Kawalan kolesterol
  • Mengurankan pemendapan atesklerosis dan lemak
  • Bantu rawat asthma

8.KOMBO OMEGA GUARD+GLA COMPLEX
  • Kawalan Kolesterol 
  • Kecantikan
  • Melembapkan kulit
  • Menangani jeragat
  • Kesihatan sendi
  • Anti radang
  • Kesuburan wanita
  • Mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita

9. KOMBO OMEGA GUARD+HERB-LAX
  • Slimming
  • Meringankan sembelit dan buasir
  • Mengempiskan perut

10.KOMBO OMEGA GUARD+LECITHIN
  • Slimming
  • Kawalan paras kolesterol
  • Kesihatan jantung
  • Kesihatan sendi
  • Meningkatkan perkembangan memori(janin,kanak-kanak dan orang dewasa)
  • Mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati

11.KOMBO OMEGA GUARD+NUTRIFERON
  • Meningkatkan pertahanan tubuh
  • Melindungi dari batuk dan selesema
  • Manfaat untuk pesakit asma dan eczema

12.KOMBO OMEGA GUARD+OSTEMATRIX
  • Membantu melegakan simptom senggugut
  • Menggalakan kulit yang cantik
  • Menggalak tulang yang kuat
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Melegakan sakit-sakit sendi

13.KOMBO OMEGA GUARD+SR VITAMIN C
  • Manfaat kesihatan kulit
  • Manfaat kesihatan kulit
  • Meringankan asma
  • Meringankan eczema
  • Meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Meringankan batuk dan selesema
  • Kawalan kolesterol
  • Mempertingkatkan kecerdasan mental
  • Kecantikan
  • Bermanfaat untuk perkembangan saraf dan otak bayi
  • Sesuai untuk ibu mengandung & menyusukan anak

14.KOMBO OMEGA GUARD+VITAMIN E COMPLEX
  • Kesihatan jantung
  • Kecantikan kulit
  • Kesuburan lelaki
  • Mencegah salur darah dari tersumbat

15.KOMBO OMEGA GUARD+ZINC COMPLEX
  • Kawalan diabetes
  • Meningkatkan sistem imun
  • Kesuburan lelaki
  • Kesihatan kulit

16.KOMBO OMEGA GUARD+MEAL SHAKES
  • Manfaat untuk masalah asma dan eczema anak2
  • meningkatkan kesihatan
  • menguatkan daya ingatan dan tumpuan
  • memberi tenaga dan selera
  • meningkatkan daya tumpuan
FB PAGE:NUTRITIOUS VITAMIN SHOP

Photo credit: asyrafanisah

Tuesday 4 November 2014

PROMOSI OMEGA GUARD SHAKLEE


Sekilas tentang kebaikan Omega Guard Shaklee
  1. Untuk perkembangan otak bayi bermula sms ibu hamil & ibu menyusu
  2. Untuk kurus/kempiskan perut buncit-leptin didalam Omega menyekat selera makan
  3. Membantu memulihkan kanak2 asthma/eczema/kulit alergik
  4. Kurangkan kolesterol tinggi.
  5. Membantu mengawal tekanan darah tinggi & kesihatan jantung
  6. Kesihatan sendi- kurangkan inflamasi akibat keradangan pada sendi 

Berminat untuk dapatkan lebih penjimatan 20 hingga 30%?


Saturday 1 November 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE


KELEBIHAN SHAKLEE

Minyak ikan Terbaik Di dunia.

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk(sardina,mackerel,herring,anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan . Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatam hati  minyak ikan. Berbanding dengan produk omega dipasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan HDA.
Kebanyakan pengusaha-pengusaha  kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan,akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan.Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkir bahan berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenik,kadmium,dioksin dan PCB(polychlorinated biphenyl- merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

Manfaat Utama:
  • Asid lemak-omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega-3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS,bagi kulit licin dan kemerah-merahan.
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok-DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah ,melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar.Oleh sebab itu ,ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia uga merendahkan kolesterol,menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL , mengawal masalah obesiti ,mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori DHA adalah nutrien untama untuk oak,sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanyapada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan . Susu ibu mengandungi kandunganDHA yang tinggi. DHA  meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara  penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid ,asid lemak omega-3 EPA dan HDA.
  • Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru,mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit ,psoriasis, demam hay,bronkitis,penyakit lelah,hepatitis,SLE(lupuserythematosus) dan penyakit buah pinggang.
  • Menentang cancer-kajian telah menujukkan bahawa Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru,payudara,prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan energastritis, meransang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.
  • memelihara fungsi-fungsi sendi(arthritis)-paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan.Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan effective.
  • Mencegah Insomnia dan membantu mengurangkan tekanan-Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental,termasuk kemurungan,tekanan,kebimbangan(anxiety), neurasthenia, insomnia,autism,kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.
American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-sekurangnya saiz kad permainan (playing cards) sebanyak dua kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega-3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%.

KENAPA IKAN LAUT AIR DALAM?


Pada tahun 1970,seorang saintis Amerika,pemenang Nobel Price,telah menemui satu rahsia iaitu penduduk Eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai kesihatan yang berbeza.
Orang Eskimo yang hidup di Greenland ,Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapimasalah sakit jantung, lelah,tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala kaum Eskimo yang menetap di Amerika Utara bekerja sebagai pemburu yang mana makanan utama mereka ialah daging, menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ,ikan dari air laut dalam mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi,iaitu EPA dan HDA yang merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus,merawat penyakit lelah dan alahan kulit yang berkesan.

SENDAWA BAU HANYIR IKAN?

Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, disarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.

SIAPAKAH YANG PATUT ELAK MENGAMBIL MINYAK IKAN?

Minyak ikan melincirkan saluran darah dan kemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu,pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Jadi pengguna yang bijak ! Jangan beli supplement yang mempunyai lemak ikan semata-mata tetapi mesti pilih kandungan omega-3 nya yang tinggi. Insyaallah kesihatan anda pasti terjaga. Shaklee semestinya pilihan terbaik pada anda yang ingin memulakan kehidupan yang lebih sihat, segar dan bertenaga.


FB Page :Nutritious Vitamin Shop

Saturday 18 October 2014

VITAMIN C, KOLAGEN UNTUK KULIT


Secara umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit.Ia seharusnya diterima secara positif. Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an,pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen. Tidak dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling layak untuk dikenali dan sememangnya layak dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh,termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu,.Ia juga mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Ramai yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula,pengambilan Vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.


Menurut presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr Chin Shih Choo, Vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan. "Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu,vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan ,Vitamin C dikenali sebagai agen anti-penuaan"  jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik,MJ Medical Aesthetic.


KEPERLUAAN
Tambah Dr.Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri. Pun begitu,keperluan Vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau,buah beri merah, tomato,kentang,brokoli,bunga kubis, kubis brussels, lada loceng merah dan hijau,kubis serta bayam.

Mengulas tentang kolagen, Dr Shih Choon memberitahu ,kolagen ialah sejenis protein dan bekerjasama bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat,licin dan anjal. Apabila anda muda ,anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti Vitamin C,peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah", katanya.

Tambah beliau lagi, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap , madu manuka dan buah avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber lain daripada laut seperti ikan.

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen", katanya yang menyarankan semua golongan tak kira tua atau muda mengambilan Vitamin C dan kolagen.

Pastinya di sini Vitamin C ialah suplimen hebat yang tentunya memberi kesan yang mantap pada si empunya badan. Ayah Sharie pun mengamalkannya cuma lain brand hehehe ..boleh saja asal dah mulakan dari awal betul tak? Kalau yang belum start lagi,Sustained Release Vitamin C Shaklee ialah vitamin permulaan yang bagus untuk anda. Sehari sebiji pun dah cukup untuk kesihatan menyeluruh.




Personally, Shari ambil Vitamin C untuk anti-oksidan dan kolagen. Tapi side effect yang yang Sharie  realize ialah kulit muka makin cerah dan gusi dah tak berdarah time berus gigi,dan jadi lebih pandai daripada dulu...Hahaha gurau je cuma nak kongsi ada  study yang menunjukkan Vitamin C boleh improve IQ, memori dan fungsi mental yang lain. Cuba la sendiri dan anda akan kelihatan hebat dari dalam dan luar itu saja . Sekian dari Sharie dan tentunya kalau anda berminat sila hubungi saya. 

FB PAGE: NUTRITIOUS VITAMIN SHOP

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...