DATE

Thursday 14 August 2014

Vivix & Stroke di Akhir Hayat

Ayah mertua yang aku kenali sangat tetap pendiriannya dan tegas tetapi dia juga seorang yang penyayang .Lihat saja layanannya pada anakku, dibelai dan ditatangnya sehingga cucunya manja dengannya.  Sudah lebih kurang 21 tahun sejak didiagnos mengalami sakit jantung dari tahun 1993. Bekalan ubat dari hospital dan juga klinik kesihatan membantu ayah untuk terus berada dalam keadaan sihat dan bertenaga. Tapi aku tahu di lubuk hatinya hanya dia saja yang mengetahui penat dan sakit yang dialami tanpa merungut pada anak-anak yang sudah besar. Mungkin padanya aduan ataupun rintihannya nanti akan memberi kesan emosi dan fikiran negativ anak-anak ,atau juga sikap ayah yang tetap dan tegas itu membuatkan dia langsung tidak hirau untuk menatap kesakitan 'makin dilayan makin menjadi' fikirnya mungkin. Di usia yang akan menginjak ke 73 tahun itu ayah masih berkerja untuk menghilangkan kebosanannya di rumah.  Kereta auto yang kami berikan padanyalah yang dia naiki untuk ke tempat kerja setiap hari. Walaupun bukan kereta baru tapi itu sudah cukup untuk menyenangkannya .

13 Ramadhan (Ahad) ini kami dikejutkan dengan telefon dari mak tiri yang ayah jatuh di ruang tamu seorang diri. Tiada siapa pun yang perasan semasa kejadian itu berlaku. Pagi itu juga suamiku bergegas ke Langat untuk menemui ayahnya. Ambulan dipanggil dan ayah dibawa ke hospital di Pandan Mewah. Sepanjang waktu ayah berada dalam keadan tidur yang nyenyak hingga terdengar dengkurannya.


Seloroh ayah pada mak seminggu sebelum kejadian ' Saya kalau sakit 1 ke 2 hari jer sebab tak nak susahkan awak'. 


Di hospital aku membawa anakku dan kulihat ayah sedar membuka matanya, diangkat tangannya dan ada pergerakkan di kedua belah kakinya ,berbeza dengan sebelum ini sewaktu dia dibawa pagi tadi. Cuma sisi kepala ayah lebih ke kiri dan pandangan matanya juga kearah kiri. Doktor yang membuat rounding petang itu datang kerana ingin melihat perkembangan dan memberi cadangan medikasi yang sesuai untuk ayah . Aku, suami dan adik beradik yang lain lantas berfikir ini mungkin minor strok kerana respon yang ayah berikan tidak menunjukkan major strok begitu juga keputusan doktor. Respon yang paling aku ingati ialah doktor mengarahkan ayah untuk menggenggam tangannya supaya jangan terlepas dan memang iya, ayah genggam kuat menurutinya.  Anakku juga membuat perkara yang sama dan seperti ayah tahu lalu dienjut tangan kecil itu ke atas dan ke bawah seolah olah dia bermain dgn anakku dan aku terasa hanya itu yang dia mampu lakukan pada waktu itu untuk menghiburkan anakku .Sayunya hatiku tak dapat ku gambarkan.. Kaki kiri dan kanan ayah juga menunjukkan pergerakkan apabila ada ketukan refleks dari doktor. Lewat petang itu kami pulang.Mak tiri ingin menjaga ayah sehingga keesokkan pagi tapi dinasihatkan doktor supaya berehat dirumah kerana di hospital ramai nurse yang boleh membantu ayah. Mak akur dan pulang ke rumah malam itu.


14 Ramadhan(Isnin)pagi itu seperti biasa suami menghantarku ke tempat kerja dan selepas itu dia terus menuju ke hospital untuk menjaga ayah. Aku melewati kerja sehingga pukul 2 lebih dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada suami yang doktor menyarankan semua berkumpul kerana ayah dijangkakan tidak lama untuk hidup. Aku tersentak dengan khabar itu kerana semalam aku pasti ayah masih ada harapan untuk pulih. Aku juga sudah membuat tempahan Vivix untuk kegunaan ayah nanti. Apa yang aku dapat tahu otak kanan ayah yang tersumbat itu sudah membengkak dan telah berjangkit ke otak sebelah kiri . Sejak malam tadi hingga ke tengahari memang tiada respons positiv daripada ayah dan segala medikasi juga ditolak oleh badannya . Suami mengambilku di tempat kerja dan kami pulang kerumah untuk mengambil anakku. Dalam perjalanan ke hospital jalan yang sesak melambatkan kami untuk kesana. Pada pukul 4.50 petang selepas masuk waktu Asar ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir . Anak buahku memberitahuku melalui telefon lalu aku terus  memegang suamiku yang memandu             " Bang, Ayah dah meninggal...Sabar yer".Aku mulai sebak dan suami hanya senyap, aku lihat airmatanya jatuh berjurai bilamana dia rasakan tiada lagi ayah di dunia ini. Sedih lebih lagi bila mengenangkan arwah mak suamiku dulu juga meninggal pada bulan Ramadhan 10 hari sebelum menyambut raya.  Suamiku tenang membawa kereta dan bila kami sampai di wad, arwah ayah sudah di dibaluti kain kafan dan sudah bersiap sedia untuk dimandikan dan disolatkan.


Perkongsian dari mak tiriku juga memberitahu kebelakangan ini ayah tidak konsisten dalam pengambilan ubat untuk jantung . Kalau pengambilan 3 kali sehari ayah akan mengubah kepada 3 hari sekali . Apa yang doktor kongsikan dengan abang sulong suamiku ,jantung ayah tidak kuat untuk mengepam darah ke otak, akibat daripada pengambilan ubat yang tidak konsisten ia menyebabkan saluran darah ayah tersumbat sedikit demi sedikit. Ubat untuk cairkan darah perlu untuk pesakit yang disahkan ada penyakit jantung untuk membolehkan jantung mengepam darah dengan lancar ke otak. Namun apa yang berlaku sudah tersurat .Allah lebih menyayangi ayah, kami meratapi pemergiannya dengan rela hati dan redha .Hanya al-fatihah yang mampu kami sedekahkan mengiringi ayah supaya tenang dan damai di sana ...



Ya Allah 
Rendahkanlah suaraku bagi mereka 
Perindahlah ucapanku di depan mereka 
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan 
Lembutkan hatiku untuk mereka 
 
Ya Allah, 
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas 
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas 
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah 
mereka sebagaimana mereka memeliharaku. 
 
Ya Allah, 
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan 
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku 
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku 
jadikanlah itu semua penyebab susutnya 
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan 
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah 
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan 
kebaikan berlipat ganda. 
 
Ya Allah, 
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, 
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. 
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi 
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul 
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman 
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... . 
 
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha 
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah 
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. 
 
Amin Ya Rabbul Alamin.. 


Sarananku kepada ibu bapa,anak-anak dan rakan taulan di luar sana ambillah apa jua suplemen yang boleh menghindarkan atau membantu dalam meningkatkan tahap kesihatan anda. Berpeganglah pada pendapat  "mencegah itu lebih baik dari mengubati". 



Wan SharifatulFatihah

SID 1120135
FB Page: Nutritious Vitamin Shop

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...