DATE

Sunday 21 December 2014

TIPS BANTU MANGSA SERANGAN JANTUNG


Tiada siapa dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa depan , betul kan?. Ia termasuklah dalam aspek kesihatan. Oleh itu, sangat penting untuk membuat persiapan terhadap sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Dr.Haizal Haron kamar,Pakar Kardiologi,Pusat Perubatan Tropicana menegaskan persediaan awal bukan sahaja dapat menyelamatkan nyawa sendiri malah nyawa orang lain.

Secara asasnya , setiap individu perlu tahu bagaiman teknik-teknik mudah dan asas jika berhadapan dengan situasi cemas. Dalam membantu mangsa yang diserang penyakit jantung mereka hendaklah mempelajari bagaimana melakukan Cardiopulmonary resuscitation (CPR).

Pertama ,perhatikan keadaan mangsa,jika stabil hendaklah terus dibawa dan dirujuk kepada hospital berdekatan. Kalau sebaliknya,lakukan CPR sekiranya diperlukan,

Dari segi pernafasan pula, pelajari bagaimana untuk mengenal pasti keadaan berpandukan denyutan nadi dan pernafasan mangsa. Cara terbaik adalah dengan memastikan mangsa diletakkan dalam keadaan 'recovery position' bagi membolehkan air liur atau apa sahaja yang menyekat pernafasan mangsa dikeluarkan.


"Pastikan juga denyutan nadi mangsa berada pada tahap yang stabil. Tapi jangan pula terleka sehingga lupa membuat panggilan kecemasan dulu.

"Sesetengah mangsa mungkin tidak boleh berkomunikasi.Jika mangsa masih boleh bercakap,pastikan sama ada dia membawa bekalan ubat atau tidak. Sekiranya ada,bantu mangsa untuk menelan ubatnya. Sebagai persediaan untuk diri sendiri juga, anda dinasihatkan agar sentiasa membawa ubat aspirin sebagai bekalan.

"Aspirin boleh membantu mangsa serangan jantung sekiranya tiada bekalan ubat lain .Pastikan juga mangsa tidak mempunyai alahan terhadap aspirin. Hancurkan aspirin tersebut dan minta mangsa menelan perlahan-lahan.Kalau tidak mampu menelan,letakkan sahaja aspirin dibawa lidah.Sentiasa berkomunikasi bagi mengelakkan mangsa tidak sedarkan diri sehingga bantuan kecemasan tiba" ujar Dr Haizal.
*Sumber isihat.

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...