DATE

Saturday 18 October 2014

VITAMIN C, KOLAGEN UNTUK KULIT


Secara umumnya, pertambahan usia dan gejala penuaan bukan satu jenis penyakit.Ia seharusnya diterima secara positif. Bagi membantu mengatasi masalah wanita 40-an,pakar kecantikan menyarankan pengambilan vitamin dan kolagen. Tidak dinafikan Vitamin C mungkin merupakan vitamin paling layak untuk dikenali dan sememangnya layak dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh,termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu,.Ia juga mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imunisasi dan membantu penyerapan zink.

Ramai yang mengamalkan pengambilan Vitamin C setiap hari dalam usaha merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan. Hasil penyelidikan juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan imun badan. Bagi kebanyakan wanita pula,pengambilan Vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.


Menurut presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr Chin Shih Choo, Vitamin C atau asid Ascorbic sangat penting untuk tubuh badan. "Ia larut air. Vitamin ini bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat.

"Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina. Oleh itu, ia sangat berguna melawan alahan dan gangguan radang kronik. Dalam pada itu,vitamin ini membantu sintesis kolagen, pembentukan tulang dan menyahtoksik. Dalam bidang kecantikan ,Vitamin C dikenali sebagai agen anti-penuaan"  jelasnya yang juga Pengamal Perubatan Estetik,MJ Medical Aesthetic.


KEPERLUAAN
Tambah Dr.Shih Choon, peningkatan usia seseorang menyebabkan manusia hilang keupayaan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri. Pun begitu,keperluan Vitamin C masih boleh diperoleh daripada makanan seperti buah limau,buah beri merah, tomato,kentang,brokoli,bunga kubis, kubis brussels, lada loceng merah dan hijau,kubis serta bayam.

Mengulas tentang kolagen, Dr Shih Choon memberitahu ,kolagen ialah sejenis protein dan bekerjasama bersama keratin untuk menghasilkan kulit yang kuat,licin dan anjal. Apabila anda muda ,anda tidak mempunyai masalah menghasilkan kolagen dalam badan. Sebab itulah, kita lihat kanak-kanak mempunyai rambut berkilat, cantik dan kulit licin. Seperti Vitamin C,peningkatan usia menyebabkan badan hilang keupayaan menghasilkan kolagen dan bermulalah episod kulit menjadi kedut, kulit kusam selain timbul garisan wajah", katanya.

Tambah beliau lagi, kolagen boleh diperoleh daripada produk soya, sayuran hijau gelap , madu manuka dan buah avokado. Makanan-makanan ini membantu untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan kita. Sementara itu, terdapat juga sumber lain daripada laut seperti ikan.

"Serat kolagen berasal daripada protein yang mempunyai tahap asid amino iaitu hydroylysine dan hidroksiprolina yang tinggi. Asid-asid amino ini penting untuk pembentukan semua jenis kolagen", katanya yang menyarankan semua golongan tak kira tua atau muda mengambilan Vitamin C dan kolagen.

Pastinya di sini Vitamin C ialah suplimen hebat yang tentunya memberi kesan yang mantap pada si empunya badan. Ayah Sharie pun mengamalkannya cuma lain brand hehehe ..boleh saja asal dah mulakan dari awal betul tak? Kalau yang belum start lagi,Sustained Release Vitamin C Shaklee ialah vitamin permulaan yang bagus untuk anda. Sehari sebiji pun dah cukup untuk kesihatan menyeluruh.




Personally, Shari ambil Vitamin C untuk anti-oksidan dan kolagen. Tapi side effect yang yang Sharie  realize ialah kulit muka makin cerah dan gusi dah tak berdarah time berus gigi,dan jadi lebih pandai daripada dulu...Hahaha gurau je cuma nak kongsi ada  study yang menunjukkan Vitamin C boleh improve IQ, memori dan fungsi mental yang lain. Cuba la sendiri dan anda akan kelihatan hebat dari dalam dan luar itu saja . Sekian dari Sharie dan tentunya kalau anda berminat sila hubungi saya. 

FB PAGE: NUTRITIOUS VITAMIN SHOP

No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...