DATE

Monday 1 December 2014

VITAMIN C APA YANG PERLU KITA TAHU?

Salam and Hi semua, dah lama tak update blog sebab kesibukan bekerja. Sangat jeles pada kawan-kawan yang sentiasa menyelitkan masa untuk berblog . Tak ter kejar Sharie nak meluangkan masa sebab hari Sabtu dan Ahad pun setia bekerja separuh hari dah tentulah sangat penat .Tapi hari ni Sharie gagahi juga menaip untuk anda yang ingin tahu tentang Vitamin C tapi bukanlah secara detail hanya sekadar apa yang perlu untuk kita tahu sahaja. Ok mari kita mulakan .

Vitamin C merupakan vitamin yang diperlukan oleh setiap orang daripada kita. Fungsi Vitamin C ialah sebagai antioksida yang dapat melingdungi tubuh badan kita daripada serangan radikal bebas. Apa radikal bebas tu dan boleh terangkan secara ringkas tak? . Ok secara ringkasnya radikal bebas boleh kita gambarkan sebagai molekul oksigen yang tidak stabil yang terjadi hasil daripada proses metabolik sel-sel kita .Amende tu? Pendek kata semua yang berada disekeliling kita adalah penyebab kepada penurunan tahap kesihatan kita contohnya cuaca, pemakanan kita, gaya hidup kita, kerjaya kita semua boleh berkait langsung kepada radikal bebas ni.Ia sesuatu yang tidak dapat kita elakkan dalam kehidupan seharian.  Radikal bebas juga terdiri daripada toksik yang boleh menyebabkan kerosakkan pada dinding sel malahan juga bahan-bahan genetik di dalam sel kita. Kerosakan kekal ini akan mempercepatkan proses penuaan dan sekaligus menigkatkan risiko kesihatan tubuh badan kita. 

Shari nak nampak muda biarlah umur 40 tahun pun tapi nampak 25 tahun camtu boleh ? hehe ok sambung balik.

Manusia perlukan Vitamin C untuk menguatkan sistem imun. Kanak-kanak yang kurang  memakan sayur dan buah-buahan akan lebih senang terdedah kepada risiko kekurangan Vitamin C serta mineral lain yang mereka perlukan untuk membesar.. Wanita yang hamil pula memerlukan dos vitamin C yang lebih tinggi sebab untuk ia membantu penyerapan zat besi dan asid folik dengan lebih baik. Kakak-kakak dan adik-adik  kene rajin makan Vitamin C yer sebab ia juga membantu untuk menghalang penyakit demam dan selesema dari menghinggapi badan kita yang sihat ni. Sharie cadangkan makan buahan sitrus dan sayuran hijau 1-2 hidangan untuk bekalan vitamin C yang mencukupi.

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik. Lagi sekali amende tu? Vitamin C ni ialah bahan yang mudah larut yang hampir sama dengan glukos. Ianya merupakan vitamin yang kurang stabil dan sangat sensitif terhadap oksigen. Keberkesanan penyerapannya boleh terjejas jika terdedah kepada cahaya, udara dan haba. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana tubuh kita tidak mampu untuk menyimpan jumlah yang mencukupi. 

Antara fungsi utama Vitamin C ialah mengekalkan kolagen, iaitu protein yang diperlukan untuk membentuk jaringan tisu-tisu kulit,ligamen dan tulang.  Oleh itu mereka yang aktif bersukan atau atlet-atlet mesti mengambil Vitamin  C untuk memulihkan tisu yang terjejas sewaktu bersukan. 

Vitamin C juga berperanan untuk menyembuhkan kulit yang luka dan melecur kerana ia memulihkan pembentukan tisu-tisu penghubung pada luka tersebut. Selain luka ia juga membantu kulit menjadi lebih anjal dan kelihatan muda. Sel-sel di dalam dinding arteri juga memerlukan kolagen untuk membolehkannya mengembang dan menguncup dengan setiap degupan jantung. Kapilari darah juga memerlukan Vitamin C kerana ia lebih mudah rosak tanpanya. 

Kekurangan Vitamin C boleh menjejaskan keberkesanan sistem tubuh kita untuk mengurangkan kolesterol. Wah boleh kurangkan kolesterol juga ya! Sistem ketahanan badan untuk melawan jangkitan penyakit juga akan terjejas. Dengan Vitamin C , kolesterol dalam darah tidak mudah mengalami oksidasi yang merupakan antara sebab penyakit jantung dan strok. Tekanan darah tinggi juga boleh dikurangkan dengan Vitamin C. Fuh banyaknya kemampuan Vitamin C ni .. Ok sambung lagi.

Merokok juga boleh mengurangkan kandungan asid askorbik di dalam darah . Pesakit kanser dan pesakit yang menjalani dialisis juga mempunyai kebarangkalian yang besar menghadapi kekurangan Vitamin C. Oleh itu mereka disarankan menambah dos Vitamin C ke dalam diet mereka.

Kajian terkini mengatakan Vitamin C boleh mengelakkan kanser. Ciri antioksida yang dimilikinya dapat melindungi sel-sel dan DNA daripada kerosakkan mutasi. Vitamin C turut melindungi sistem imun tubuh, pertahanan pertama tubuh dari kanser dan mengelakkan beberapa sebatian penyebab kanser terbina di dalam badan. Kajian juga mengatakan nutrien membantu memelihara sistem imun untuk membolehkannya melawan kanser. <---Seronok bila dengar statement ni kan?  Dos yang tinggi juga boleh membantu simptom lelah.

Selain daripada diatas ,banyak lagi kelebihan Vitamin C sebenarnya. Ternyata kekurangan Vitamin C dalam tubuh boleh  membuatkan kesihatan kita merundum. Walaupun begitu, tiada masalah jika kita mengambil dos yang berlebihan kerana nutrien ini bersifat larut air dan ia mudah dikeluarkan melalui peluh dan lawas.

Best sangat dapat kongsi kebaikan Vitamin C dengan anda semua. Sama-sama kita menambah ilmu kesihatan dan amalkan kehidupan dengan mengambil supplemen . 

Bulan Disember datang dengan promo berganda daripada Shaklee . Vitamin C Beli 6 Percuma 1 jimat 14% dan Twin pack Promo jimat  5%.  Tapi kalau anda pengguna yang suka penjimatan seumur hidup ,sila hubungi Sharie untuk keterangan bagaimana nak dapatkan penjimatan sehingga 20% ke 33% ! Wow ini bisik-bisik jer tau hehehe..


Facebook Page = Nutritious Vitamin Shop


5 comments :

  1. Good info, nice blog, sy pon sid, selamat berkenalan rakan blogger =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you zila, i do appreciate SID like you to comment in my blog. Salam perkenalan ya.

      Delete
  2. Salam perkenalan..Info yang sangat berguna, terima kasih atas perkongsian =)
    http://danishdamiadaris.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...