DATE

Wednesday 3 September 2014

TESTIMONIAL MEAL SHAKES:TIADA LAGI SEMBELIT MENYERANG

Sejak beri anak sendiri minum Meal Shakes Sharie semakin nampak perubahan pada dirinya. Tiada lagi sembelit setiap kali buang air besar. Kalau dulu sebelum amalkan Meal Shakes memang selalu jumpa doktor sebab nak minta ubat cucuk buntut tu .Kesian tengok anak menangis-nangis sebab tahi keras dah teran-teran tapi tak keluar. Disebabkan itulah Sharie beri dia minum Meal Shakes walaupun kekadang terlupa dan ada miss sana sini tapi perubahan tu tetap ada. Selain itu sekarang makan pun dah senang tak memilih macam dulu,kalau dulu nasi pun tak nak. Dia makan la kudapan feveret dia yang rangup-rangup macam keropok ikan ke, tumpi/rempeyek ke,maruku ke. Pastu coklat,memang dari dia umur 6 bulan memang kasi anak makan coklat sebab bubur , roti , biskut, mee,baby food semua tak nak.Tapi minum susu tetap nombor satu .

Semasa minum susu badan memang tak der masalah dengan sembelit sampai lah umur Wardina satu tahun dan selepas tu susu badan Sharie pun dah kering disebabkan jarang pam ,stress dan busy dengan keje sampai tak der masa nak breastpump. Sedih bila nutrien yang paling berkhasiat dalam dunia ni tak dapat diberikan sehingga umurnya 2 tahun walaupun impian dah ditetapkan dari awal lagi.





Semenjak Wardina minum susu formula episod sembelit ni silih berganti .Sampaikan takut nak bawa dia berjalan keluar rumah. Ok sepatutnya Sharie pun kene ajar dia dari awal minum air masak dan makan puree buah ke kan tapi tak buat pun jadi rasa bersalah sangat bila anak dapat sembelit.  Kita juga yang start beri dia makanan yang menyebabkan sembelit contohnya coklat tadi.


Ada satu kisah Shari nak kongsi first time bawa Wardina jumpa doktor. Biasanya cara nak selesaikan masalah sembelit ni doktor akan bagi Enema tapi beri dos yang lebih kecil sebab dia baby lagi kan. Jadi waktu tu agak panic sikit Sharie pegang Wardina kuatkuat dan suami tekap dengan badannya supaya Wardina tak bergerak. Beriya-iya kami kat bilik doktor tu macam berlakon pulak . Doktor sampai tergelak tengok gelagat kami bertiga . Kami ingatkan lepas kisah tu tak der lagi kisah kesinambungan tapi bersambung-sambung sampai la umur dia 3 tahun.


So bila umur dia 3 tahun Sharie nekad bagi dia Meal Shakes. Sehari 1 scoop je dan perubahan yang paling cepat Sharie tengok Wardina akan jadi aktif selepas minum susu yang dicampur Meal Shakes. Kadang2 ada bagi dia minum waktu malam so dia akan aktif sampai tengah malam tido pun lambat. Jadi dia lebih sesuai ambil pada waktu pagi lepas bangun pagi tu . Berat badan dulu tak cecah pun 10kg sekarang dah 12 kg ada peningkatan. Makan nasi pun bertambah-tambah dan Sharie pun tak risau dan rasa lega sangat.The best part is Enema pun dah tak bawak untuk standby Hihihi.




Pada para ibubapa Meal Shakes ialah salah satu cara untuk memberi supplement yang baik pada anak-anak . Kadangkala bila sibuk bekerja kita sering mengabaikan tanggungjawab kita untuk memberi nutrien penting pada anak-anak seiring dengan usia mereka. Jadilah ibubapa yang celik vitamin dan mementingkan kesihatan kerana hidup ini tak akan bermakna jika anak-anak sering sakit. Berkongsilah dengan anak-anak tersayang dengan keistimewaan Shaklee Meal Shakes ini. Pastinya anda tidak akan menyesal dan tidak merasa rugi. Rugi kalau tak try la.


Testimonial di atas ialah 100% benar dan tidak diciplak oleh mana-mana testimoni dan sejujurnya dari Sharie sendiri sahaja . 

No tiru-tiru ok.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Meal Shakes sila hubungi Saya,

                FB Page =Nutritious Vitamin Shop

Ada Hadiah Istimewa Menanti Anda Juga!


No comments :

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...